Monday, October 21, 2013
PERLANTIKAN SENATOR
"Jika saya buat silap, jangan kecil hati, macam biasa. Datang jumpa saya dah beri tahu pada saya. No HP saya tak pernah tukar lagi setakat ini. Jika saya salah, tegur saya, nasihatkan mana salahnya. Tak perlu lepas berjawatan susah pula nak jumpa. Anda semua kenal saya dan cara saya berkerja, jumpa saja, tak ada halangan, apa guna saya berjawatan tapi tak dapat jalankan amanah yang diberi? Tapi biar yang berkaitan lah, saya pasti mahu mendengarnya"
DAR
TERUSKAN PERJUANGAN
" Walaupun saya kalah semasa pilihanraya umum 13, saya tetap akan terus berjuang untuk masyarakat setempat amnya akan membantu orang-orang Melayu. Saya yakin dengan sokongan akar umbi yang selama ini memberi semangat dan kekuatan kepada saya. Kekalahan saya pada PRU-13 bukanlah penentu berakhirnya politik saya kerana saya telah berjanji akan berjuang untuk memartabatkan AGAMA BANGSA dan TANAH AIR sehingga ke hembusan nafas yang terakhir... "
DAR
DAR
Mohd. Ali terkilan Melaka tidak beri sokongan
“Di Melaka saya lebih terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat tiada siapa hendak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi Ketua Menteri semua sokong saya," Mohd Ali Rustam
UTUSAN
Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melahirkan rasa terkilan apabila hanya satu daripada enam bahagian UMNO di negeri ini mengundinya untuk jawatan Naib Presiden UMNO.
Menurutnya, beliau hanya mendapat undi daripada UMNO Bukit Katil yang diketuainya manakala lima lagi iaitu Tangga Batu, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Kota Melaka tidak berbuat demikian.
Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi salah satu daripada tiga tempat bagi jawatan Naib Presiden.
Kalau nak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih berasa terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung.
Inilah hakikat yang harus saya akui. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat tidak siapa nak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi Ketua Menteri semua sokong saya," katanya.
Mohd. Ali ditemui ketika menziarahi jenazah bapa mertua Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang meninggal dunia di Klebang Kechil di sini hari ini.
Mohd. Ali yang bertanding jawatan Naib Presiden bersama lima calon lain tewas selepas hanya mendapat tujuh undi bahagian.
Mohd. Ali yang juga Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hanya mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil selepas menang tanpa bertanding.
Mengulas lanjut beliau berkata, sepanjang 13 tahun memegang jawatan Ketua Menteri, beliau tidak menghadapi sebarang masalah apabila pernah menang jawatan Naib Presiden pada 2004 dan MT.
UTUSAN
Sunday, October 6, 2013
Saya kerja 'tiga syif' demi kesejahteraan rakyat
KATA DATUK SERI MOHD. ALI RUSTAM kepada kami, kalau nak berehat dari dunia politik, beliau memang sudah lama melakukannya.
Ini lebih-lebih lagi selepas kalah mengejut di kerusi Parlimen Bukit Katil, Melaka, 5 Mei lalu. Tapi, kata beliau, masih ada kerja yang belum lagi diselesaikannya.
Ketika ditemui Wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLI JALIL dan KAMIL MASLIH serta jurugambar ASWAD YAHYA di pejabat Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) di Plaza Sentral, Kuala Lumpur Isnin lalu, Mohd. Ali yang tidak lekang dengan songkoknya, berkongsi hasrat untuk bertanding Naib Presiden UMNO.
Antaranya dalam melihat betapa pentingnya hak Melayu, bumiputera dan agama Islam perlu dipertahankan setiap masa mengikut Perlembagaan negara.
MINGGUAN: Ada pihak mempersoalkan mengapa Datuk Seri masih mahu bertanding Naib Presiden sedangkan telah kalah dalam pilihan raya umum lepas di Parlimen Bukit Katil. Kata mereka `buat apa nak popular sangat dalam parti sedangkan rakyat tolak dalam pilihan raya?
MOHD ALI: Kita masuk parti untuk berjuang terutamanya dalam UMNO yang asas perjuangannya adalah untuk mempertahankan hak orang Melayu, bumiputera dan agama Islam mengikut Perlembagaan negara. Ini asas perjuangan yang saya pegang teguh. Kerana itu, walau hadapi pelbagai cabaran, perjuangan mesti diteruskan. Dan kalau kita lihat konsep kalah, banyak pemimpin juga di masa lepas telah kalah pilihan raya misalannya, Lim Kit Siang pernah kalah dua kali, sekali di Melaka dan sekali di Perak tetapi masih berjuang walaupun telah lepasi umur 70 tahun. Karpal Singh sendiri pernah kalah di Pulau Pinang, sudah lepas usia 70 tahun pun masih berjuang. Kalau lihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang, macam itu juga, pernah kalah di Terengganu pun, lepas umur 70 tahun masih berjuang. Kalau lihat perjuangan Tun Dr. Mahathir Mohamad, pernah kalah di Kedah dan beliau terus berjuang dan berjaya bawa Malaysia seperti hari ini. Dan saya adalah seorang pejuang untuk bangsa Melayu, agama Islam dan negara kita. Kekalahan saya dalam pilihan raya lepas kerana tsunami pengundi Cina. Kalau buat perbandingan, saya boleh teruskan perjuangan bagi membela nasib orang Melayu, bumiputera dan agama Islam untuk pastikan ia terus dipertahankan mengikut Perlembagaan.
Ada pihak akui Datuk Seri memang rapat dengan ahli akar umbi, malah mereka senang dengan Datuk Seri. Tapi waktu itu Datuk Seri ada kuasa (Ketua Menteri Melaka). Tapi sekarang lain. Kata mereka, Datuk Seri kini keseorangan. Majlis-majlis yang dihadiri pun tidak banyak kelibat yang hadir. Apa kata Datuk Seri?
MOHD ALI: Dalam lawatan saya ke beberapa tempat, nampaknya sambutan masih lagi baik seperti dahulu. Ada jawatan pun ada kelebihan, tiada jawatan pun ada juga sedikit kelebihan. Saya boleh bertemu dengan lebih kerap dengan akar umbi dan ahli-ahli parti bagi mendengar masalah mereka dan bawa ke peringkat tertinggi. Ini membantu memperkuatkan lagi parti, kerajaan dan membantu juga Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.
Bagaimana Datuk Seri melihat sistem pemilihan UMNO kali ini yang memberi mandat kepada kira-kira 146,000 perwakilan untuk memilih pemimpin mereka?
MOHD ALI: Sistem baru ini memberi peluang kepada akar umbi membuat pilihan secara terus. Ia dapat menunjukkan keterbukaan akar umbi memilih pemimpin mereka mengikut kriteria yang mereka inginkan. Ini adalah proses baik yang diperkenalkan. Saya berpendapat wajar saya juga menawarkan diri untuk proses pemilihan ini agar parti mempunyai peluang untuk memilih dan membuat penilaian di kalangan pemimpin-pemimpin yang ada. Saya tiada niat untuk menidakkan sesiapa, semuanya kawan-kawan kita dan mereka memegang jawatan dan berpengalaman. Semuanya sahabat termasuk yang baru juga. Saya percaya yang menang, tidak menang semua, yang kalah, tidak kalah semua.
Selepas PRU-13, Datuk Seri ada tak mendapatkan maklum balas dari orang Cina?
MOHD ALI: Bila saya duduk dengan rakan-rakan MCA seminggu selepas pilihan raya, saya kata apa yang mereka (orang Cina) hendak, mereka kata MCA tidak boleh jawab sebab DAP dan Dong Zong telah cucuk masyarakat Cina, katanya 'Ini kalilah' untuk mengambil alih kerajaan negeri Melaka dan kerajaan pusat dan Putrajaya. Jadi, jasa saya langsung mereka tidak kisah sehingga banyak orang MCA dan Gerakan pun terpengaruh.
Adakah ini bermakna orang Melayu memang amat perlu bersatu hati?
MOHD ALI: Kalau orang Melayu terus berpecah, masa depan negara seperti telur di hujung tanduk. Jadi kita perlukan semangat baharu yang lebih berkobar-kobar untuk pertahankan hak orang Melayu dan hak Islam mengikut perlembagaan. DAP sedang mendesak dan kita mesti menghadapinya. Saya kalau hendak berhenti memang boleh tetapi takkan saya hendak biar berlalu depan mata sedangkan kita telah alami tsunami Cina bagaimana mereka tidak menghargai jasa-jasa kita.
Saya sedia berjuang bersama. Oleh kerana dalam sistem negara, politik menentukan kerajaan, jadi saya yakin UMNO adalah wadah terbaik untuk memelihara hak orang Melayu dan agama Islam. Saya berpendapat lebih elok saya tawar diri untuk mempertahankan hak orang Islam mengikut Perlembagaan dan terpulang kepada ahli-ahli UMNO membuat pertimbangkan. Saya ada pengalaman luas dalam parti, dalam kerajaan di peringkat negeri dan nasional dan peringkat antarabangsa.
Dengan umur Datuk Seri yang memasuki 64 tahun, tidakkah ini dilihat `bertentangan dengan usaha untuk meremajakan UMNO?
MOHD ALI: Saya lihat banyak orang-orang muda yang menawarkan diri dalam Majlis Tertinggi, ini adalah perkembangan yang amat baik. Dan kalau kita lihat semua calon-calon Naib Presiden, semuanya melepasi usia 40 tahun, semua dah masuk golongan pertengahan usia. Saya, walaupun sudah berusia 64 tahun tetapi saya ikut cara di Jepun, 'Life began at 60' (hidup bermula pada 60). Walaupun usia saya 64 tahun tetapi tenaga saya macam 24 tahun, masih boleh bekerja lagi. Tentang usia, saya berpendapat orang lama juga perlu bersama. Tiada yang lama, tiada yang baharu.
Mahu tidak mahu akan ada orang kaitkan Datuk Seri dengan soal integriti yang mana Datuk Seri telah dilucutkan hak bertanding untuk Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan 2009?
MOHD. ALI: Saya fikir yang terbaik menjawabnya adalah Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO. Mereka adalah yang terbaik untuk menjawabnya. Saya sudah sebut dalam pemilihan yang lepas, saya tiada apa hendak jawab lagi. Kalau ada apa-apa, yang terbaik menjawabnya adalah Pengerusi Lembaga Disiplin.
Walaupun kalah pilihan raya, Datuk Seri seolah-olah mendapat 'nyawa kedua' apabila dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB). Apa komen Datuk Seri?
MOHD. ALI: Terpulanglah kepada siapa pun hendak mentafsirnya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik saya sebagai Pengerusi PUNB. Saya lihat banyak boleh saya sumbangkan untuk memperkasakan bumiputera dalam bidang ekonomi. PUNB adalah salah satu daripada agensi yang bertanggungjawab membantu bumiputera untuk mencapai hasrat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kita lihat dari dari tahun 1970 hingga 1990, DEB tidak berjaya sepenuhnya.
Bila saya sampai di sini (PUNB), saya lihat salah satu punca matlamat penguasaan bumiputera tidak dicapai adalah kerana kita tidak menetapkan sasaran yang jelas. Bidang mana yang hendak mencapai 30 peratus, bidang mana nak capai 60 peratus. Baru-baru ini saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU), saya minta untuk ditetapkan matlamat dan berapa banyak tugas untuk PUNB. Saya telah menubuhkan jawatankuasa kecil antara pegawai-pegawai PUNB dengan EPU dan kita jangkakan pelan perancangan akan dikeluarkan pada akhir tahun ini. Tentang berapa banyak peranan PUNB, itu terpulanglah kepada EPU dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju). Kita tidak mahu mengeluh atau terburu-buru menjelang tahun 2020.
Adakah Datuk Seri memerlukan pasukan untuk bergandingan bersama dalam pemilihan ini?
MOHD. ALI: UMNO tidak membenarkan adanya berpasukan, ini adalah tradisi. Kalau ada kebetulan, orang sebut-sebut, itu tiada masalah. Saya memang bergerak solo dan sudah tentunya ada tiga tempat untuk Naib Presiden. Kalau berlakunya berpasukan seperti dahulu adanya Team Wawasan dan bukan Team Wawasan, akan berlakunya masalah. Bagaimanapun, saya yakin ahli-ahli UMNO sudah matang.
Laporan muka depan Utusan Malaysia baru-baru menyebut Datuk Seri akan menarik diri daripada bertanding Naib Presiden. Adakah ini gimik untuk menaikkan lagi rating Datuk Seri?
MOHD ALI: Semua itu spekulasi, adat bertanding, orang akan kata macam-macam, kita terima sahaja, itulah politik. Saya pun tidak tahu dari mana datang puncanya, macam-macam orang buat spekulasi.
Dengan tarikh 19 September kian hampir, bagaimana tahap keyakinan Datuk Seri untuk mengisi slot tiga kerusi Naib Presiden?
MOHD. ALI: Macam sahabat-sahabat yang lain, semuanya kata yakin berjaya mengisi salah satu daripada tiga tempat Naib Presiden. Bila semua kata mereka boleh berjaya, saya pun nampak saya boleh mengisi salah satu daripada tiga tempat Naib Presiden. Semua ada peluang yang baik.
UTUSAN
Ali Rustam kecewa pengundi Cina tak kenang jasa
Bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau bertanding jawatan naib presiden Umno kali ini antara lainnya kerana kecewa apabila jasanya tidak dihargai oleh kumpulan pengundi Cina semasa pilihan raya umum 5 Mei.
Mohd Ali yang menimbulkan soal 'tsunami Cina” dalam wawancara disiarkan Mingguan Malaysia itu berkata, beliau memilih untuk mempertahankan hak orang Melayu dan Islam kerana tidak mahu membiarkan desakan DAP.
Dalam wawancara itu, Mohd Ali pada awalnya ditanya sekiranya beliau telah mendapatkan pendangan dari golongan Cina berhubung keputusannya untuk bertanding bagi merebut jawatan naib presiden Umno kali ini.
Katanya, golongan MCA memberitahunya bahawa mereka tidak dapat menyatakan kehendak mereka kerana “DAP dan Dong Zong telah cucuk masyarakat Cina” untuk mengambil alih pentadbiran persekutuan dan negeri.
“Jadi jasa saya langsung mereka tidak kisah sehingga banyak orang MCA dan Gerakan pun terpengaruh”, katanya yang menambah, satu semangat baru diperlukan untuk mengelakkan orang Melayu terus berpecah
“DAP sedang mendesak dan kita mesti menghadapinya. Saya kalau hendak berhenti (dari politik) memang boleh tetapi takkan saya hendan biar berlaku depan mata sedangkan kita telah alami tsunami Cina bagaimana mereka tidak menghargai jasa kita,” katanya.
Oleh itu, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan utama dalam Umno itu memandangkan parti tersebut adalah wadah terbaik untuk memelihara hak orang Melayu dan Islam, katanya lagi.
Mohd Ali yang menimbulkan soal 'tsunami Cina” dalam wawancara disiarkan Mingguan Malaysia itu berkata, beliau memilih untuk mempertahankan hak orang Melayu dan Islam kerana tidak mahu membiarkan desakan DAP.
Dalam wawancara itu, Mohd Ali pada awalnya ditanya sekiranya beliau telah mendapatkan pendangan dari golongan Cina berhubung keputusannya untuk bertanding bagi merebut jawatan naib presiden Umno kali ini.
Katanya, golongan MCA memberitahunya bahawa mereka tidak dapat menyatakan kehendak mereka kerana “DAP dan Dong Zong telah cucuk masyarakat Cina” untuk mengambil alih pentadbiran persekutuan dan negeri.
“Jadi jasa saya langsung mereka tidak kisah sehingga banyak orang MCA dan Gerakan pun terpengaruh”, katanya yang menambah, satu semangat baru diperlukan untuk mengelakkan orang Melayu terus berpecah
“DAP sedang mendesak dan kita mesti menghadapinya. Saya kalau hendak berhenti (dari politik) memang boleh tetapi takkan saya hendan biar berlaku depan mata sedangkan kita telah alami tsunami Cina bagaimana mereka tidak menghargai jasa kita,” katanya.
Oleh itu, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan utama dalam Umno itu memandangkan parti tersebut adalah wadah terbaik untuk memelihara hak orang Melayu dan Islam, katanya lagi.
Saturday, October 5, 2013
PUNB lantik lebih ramai pegawai audit - Ali Rustam
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) akan menyediakan lebih ramai pegawai audit bagi mengaudit syarikat yang memperoleh pinjaman daripada perbadanan tersebut, bagi memastikan syarikat tersebut berjaya.
Pengerusi PUNB, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, setakat ini seorang pegawai audit ditugaskan untuk mengaudit 80 syarikat dan oleh itu PUNB menyasarkan supaya seorang pegawai audit untuk 20 syarikat sahaja.
"Sistem audit ini penting supaya masalah yang dihadapi sesebuah syarikat itu dapat dikesan lebih awal dan ditangani," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program taklimat pembiayaan perniagaan PUNB kepada usahawan negeri Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 70 peratus syarikat yang memperoleh pinjaman daripada perbadanan tersebut berjaya manakala 30 peratus lagi gagal, dan antara puncanya ialah syarikat tersebut tidak diaudit dengan sempurna.
Katanya sehingga September lepas, sebanyak RM184 juta daripada RM200 juta yang diperuntukkan sebagai pinjaman tahun ini diluluskan kepada usahawan.
Mohd. Ali berkata, PUNB telah mengenal pasti beberapa sektor penting dan kritikal, dengan penyertaan usahawan Bumiputera agak rendah berbanding kaum lain, seperti sektor automotif, telekomunikasi, bahan binaan dan profesional seperti klinik perubatan, untuk meningkatkannya.
"Kita berharap usahawan Bumiputera yang memperoleh pinjaman supaya gigih menjalankan perniagaan masing-masing supaya berdaya maju. Selain pinjaman, PUNB sentiasa bersedia untuk memberi khidmat nasihat," katanya.
Beliau berkata, PUNB akan membuka pejabat cawangannya di Kota Baharu dalam tempoh terdekat bagi memberi kemudahan kepada usahawan yang kini terpaksa berurusan di pejabat PUNB wilayah timur di Kuala Terengganu. - BERNAMA
UTUSAN
Friday, October 4, 2013
Usahawan Kaya Wang Kaya Iman - YAB Datok Seri Mohd Ali Rustam
Saturday, August 24, 2013
Mohd Ali kini Pengerusi PUNB
Pelantikan berdasarkan pengalaman sebagai Ketua Menteri Melaka
Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) yang baru, bagi menggantikan Khairy Jamaluddin.
Pelantikan Mohd Ali, yang berpengalaman dalam memajukan ekonomi Melaka semasa menjadi Ketua Menterinya selama 12 tahun, adalah berkuat kuasa sejak 1 Ogos lalu.
PUNB dalam jemputan medianya berkata, satu majlis akan diadakan di Ibu Pejabatnya di Plaza Sentral, KL Sentral pada Selasa ini bagi mengumumkan pelantikan rasmi berkenaan.
“PUNB akan mengadakan majlis penyerahan tugas oleh Khairy Jamaluddin kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam selaku Pengerusi PUNB baru yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013.
Majlis serah tugas
“Majlis penyerahan tugas itu akan disaksikan oleh Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga kerja PUNB,” demikian mengikut jemputan media yang dihantar agensi pembangunan usahawan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera itu, semalam.
Mohd Ali, ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Khairy Jamaluddin yang berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1 April tahun lalu sudah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam barisan Kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Mei lalu.
Mohd Ali, yang kini turut menggalas peranan sebagai Pengerusi Majlis Rundingan Ekonomi Negeri (MREN) Melaka bagi membincangkan bentuk rancangan ekonomi berpotensi melonjakkan kemajuan ekonomi negeri itu, akan bertanggungjawab menerajui PUNB ke arah mencapai visi dan misinya untuk muncul sebagai pusat kecemerlangan dalam pembangunan keusahawanan Bumiputera.
Beliau juga akan menyambung kesinambungan operasi perniagaan PUNB yang ditinggalkan Khairy dengan menumpukan kepada pembangunan usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
Antara cabaran utama yang bakal digalas Mohd Ali termasuk menambah dan meningkat lagi bilangan dan kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor industri dan komersil serta menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sains Sosial (Pembangunan Ekonomi) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1986, Mohd Ali turut berpengalaman luas dalam dunia usahawan apabila banyak membantu melahirkan ramai usahawan Bumiputera di Melaka.
Iktiraf perkhidmatan
Dalam pada itu, sumber berkata, pelantikan Mohd Ali dibuat bagi mengiktiraf perkhidmatan beliau dalam membangunkan dan mengubah Melaka dalam tempoh 12 tahun yang lalu menjadi apa yang ada hari ini.
“Pelantikan itu diputuskan oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan Najib pada Julai lalu,” katanya.
Pelantikan Mohd Ali itu dilihat mengikuti rentetan pelantikan ahli politik dan pegawai tertinggi kerajaan lain menerajui agensi dan syarikat berkaitan kerajaan.
Antara lain, mereka termasuk Tan Sri Syed Hamid Albar, yang dilantik Pengangkutan Awam Darat Suruhanjaya, Tan Sri Sidek Hassan sebagai pengerusi Petronas, Datuk Seri Ng Yen Yen sebagai Pengerusi Pelancongan Malaysia, dan Datuk Abdul Ghani Othman sebagai Pengerusi Sime Darby Bhd.
PUNB yang ditubuhkan pada 17 Julai 1991 berfungsi dengan menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat.
Operasi perniagaannya bertumpu kepada penawaran pakej pembangunan keusahawanan bersepadu bagi membantu usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Program pembangunan itu dirangka bagi membantu usahawan Bumiputera memantapkan lagi perniagaan, meningkatkan keuntungan serta merencanakan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
http://www.bharian.com.my/
Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) yang baru, bagi menggantikan Khairy Jamaluddin.
Pelantikan Mohd Ali, yang berpengalaman dalam memajukan ekonomi Melaka semasa menjadi Ketua Menterinya selama 12 tahun, adalah berkuat kuasa sejak 1 Ogos lalu.
“PUNB akan mengadakan majlis penyerahan tugas oleh Khairy Jamaluddin kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam selaku Pengerusi PUNB baru yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013.
Majlis serah tugas
“Majlis penyerahan tugas itu akan disaksikan oleh Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga kerja PUNB,” demikian mengikut jemputan media yang dihantar agensi pembangunan usahawan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera itu, semalam.
Mohd Ali, ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Khairy Jamaluddin yang berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1 April tahun lalu sudah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam barisan Kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Mei lalu.
Mohd Ali, yang kini turut menggalas peranan sebagai Pengerusi Majlis Rundingan Ekonomi Negeri (MREN) Melaka bagi membincangkan bentuk rancangan ekonomi berpotensi melonjakkan kemajuan ekonomi negeri itu, akan bertanggungjawab menerajui PUNB ke arah mencapai visi dan misinya untuk muncul sebagai pusat kecemerlangan dalam pembangunan keusahawanan Bumiputera.
Beliau juga akan menyambung kesinambungan operasi perniagaan PUNB yang ditinggalkan Khairy dengan menumpukan kepada pembangunan usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
Antara cabaran utama yang bakal digalas Mohd Ali termasuk menambah dan meningkat lagi bilangan dan kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor industri dan komersil serta menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sains Sosial (Pembangunan Ekonomi) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1986, Mohd Ali turut berpengalaman luas dalam dunia usahawan apabila banyak membantu melahirkan ramai usahawan Bumiputera di Melaka.
Iktiraf perkhidmatan
Dalam pada itu, sumber berkata, pelantikan Mohd Ali dibuat bagi mengiktiraf perkhidmatan beliau dalam membangunkan dan mengubah Melaka dalam tempoh 12 tahun yang lalu menjadi apa yang ada hari ini.
“Pelantikan itu diputuskan oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan Najib pada Julai lalu,” katanya.
Pelantikan Mohd Ali itu dilihat mengikuti rentetan pelantikan ahli politik dan pegawai tertinggi kerajaan lain menerajui agensi dan syarikat berkaitan kerajaan.
Antara lain, mereka termasuk Tan Sri Syed Hamid Albar, yang dilantik Pengangkutan Awam Darat Suruhanjaya, Tan Sri Sidek Hassan sebagai pengerusi Petronas, Datuk Seri Ng Yen Yen sebagai Pengerusi Pelancongan Malaysia, dan Datuk Abdul Ghani Othman sebagai Pengerusi Sime Darby Bhd.
PUNB yang ditubuhkan pada 17 Julai 1991 berfungsi dengan menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat.
Operasi perniagaannya bertumpu kepada penawaran pakej pembangunan keusahawanan bersepadu bagi membantu usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Program pembangunan itu dirangka bagi membantu usahawan Bumiputera memantapkan lagi perniagaan, meningkatkan keuntungan serta merencanakan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
http://www.bharian.com.my/
Wednesday, May 29, 2013
Mohd. Ali terus terajui ekonomi Melaka
Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Ekonomi Negeri Melaka.
Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, keputusan tersebut dicapai pada Mesyuarat Kerajaan negeri dan dipersetujui oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang hari ini.
Menurutnya, di samping pelantikan Mohd. Ali, beberapa lagi ahli jawatankuasa majlis berkenaan akan dilantik antara tujuh hingga 20 orang dalam tempoh terdekat ini.
''Majlis akan mengandungi beberapa pakar ekonomi khususnya mereka yang berasal dari Melaka bertugas di beberapa kementerian dan jabatan kerajaan termasuk bekas pemimpin negeri.
''Majlis ini juga akan memberi fokus untuk membantu kerajaan negeri meningkatkan ekonomi kerajaan negeri dengan memberi idea dan cadangan terutama kepada beberapa projek mega yang akan dibangunkan di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Melalui penubuhan majlis berkenaan menggantikan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Melaka sebelum ini, Idris berkata, beliau yakin dengan keupayaan bekas Ketua Menteri untuk mengemudi jawatankuasa berkenaan.
Katanya, kepakaran Mohd. Ali ketika menjadi Ketua Menteri kesembilan selama 13 tahun membangunkan Melaka diyakini dapat membantu kerajaan negeri dalam merencanakan sebarang pelan tindakan untuk membangunkan ekonomi negeri ini.
''Melalui majlis ini kerajaan negeri akan menerima lebih banyak input dan idea bernas bagi merancang untuk meningkatkan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi," katanya lagi.
Dalam pada itu, Idris merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Omar Kaseh yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri juga mulai 1 Jun ini.
''Beliau (Omar) telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang dilantik sebagai Setiausaha kerajaan negeri," ujarnya.
Menurutnya, tempat Omar akan diisi oleh bekas pegawai kewangan negeri, Datuk Naim Abu Bakar, 55, yang akan memulakan tugas pada 1 Jun ini.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan menganjurkan majlis perpisahan kepada bekas Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di Seri Negeri esok.
UTUSAN
Saturday, May 18, 2013
Friday, May 17, 2013
Tuesday, May 14, 2013
Sunday, May 12, 2013
HUJAN EMAS
Hujan Emas
HUJAN emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.Kerajaan yang menyekolahkan kau, MARA yang memberi biasiswa hingga kau berjaya mendapat ijazah di Universiti Harvard. Mengapa pilih Amerika?,” itulah kata-kata arwah ayahnya ketika Affan membuat keputusan untuk bekerja di Amerika Syarikat selepas menamatkan pengajiannya.
Setelah lima tahun berkhidmat di negara Uncle Sam itu, Affan mula gelisah dan rindu pada tanah air. Pesanan ayahnya terngiang-ngiang di telinganya. Impian ayahnya untuk melihat anaknya berkhidmat di negara sendiri tidak terlaksana.
Dia memilih Amerika kerana ganjaran dan gaji yang lumayan, kemudahan dan seronok dengan kehidupan di negara maju. Malah ketika ayahnya menghembus nafas terakhir, dia berada di Kanada mengikuti kursus yang dianjurkan oleh syarikatnya. Hanya bacaan Al-Fatihah mengiringi pemergian ayah tersayang.
“Maafkan Affan kerana tak dapat balik. Sekarang Affan di Kanada. Assalamualaikum,” begitulah jawapan ringkas apabila ibunya menghubungi untuk memberitahu kematian ayahnya.
Memang sedih tidak dapat menatap wajah ayahnya buat kali terakhir. Kewajipan dan tugas perlu diutamakan. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Itulah kata-kata ibunya apabila dia mula menjejakkan kaki di Amerika untuk melanjutkan pelajaran.
Memang susah untuk membuat keputusan apabila mendapat berita kematian ayahnya.
Namun Affan tekad untuk meneruskan kerjanya demi menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja. Jika dia pulang ke tanah air pun, ayahnya tak akan bernafas semula.
“Kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menghantar pelajar Melayu melanjutkan pelajaran di luar negara supaya mereka mendapat pengetahuan, pengalaman, kemahiran. Kamu mestilah menceduk dan menimba pelbagai ilmu kemajuan di negara asing supaya dapat dipraktikkan di negara kita apabila kamu balik berkhidmat nanti.
Jika kamu sayangkan negara, belajarlah bersungguh-sungguh dan berkhidmatlah di tanah air setelah menamatkan pengajian nanti,”. Begitulah ucapan Datuk Wira ketika majlis penyampaian biasiswa kepada pelajar-pelajar Melayu yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran di luar negara. Ketika ucapan itu masuk ke telinganya di dalam bangunan PWTC, Kuala Lumpur, semangat ingin berjaya dengan cemerlang berkobar-kobar dan impian untuk berkhidmat di tanah air ditanam di sanubari.
Namun segalanya berubah apabila berada di Amerika. Tika di tahun akhir pengajian, tawaran dari syarikat komputer terkenal, MICROSOFT, sampai di tangannya. Tawaran gaji dan pelbagai kemudahan menyebabkannya berubah fikiran. Keinginan berkhidmat di tanah air setelah tamat pengajian telah terkubur.
Setelah tamat pengajian, Affan balik ke tanah air untuk berehat beberapa bulan di samping menyampaikan berita gembira kepada keluarganya namun tidak diterima oleh ayahnya. Ayahnya menolak keras kemahuannya ingin bekerja di Amerika Syarikat.
“Kamu dah ada ijazah, apa yang kamu susah? Sini pun tak kurang hebat, ada syarikat
TELEKOM, TNB, RENONG dan lain-lain. Kamu boleh dapat kerja!,” bentak ayahnya pada satu petang apabila Affan memberitahu keinginannya bekerja dengan MICROSOFT.
Namun Affan tetap dengan keputusannya. Dia meninggalkan tanah air dan bekerja di Amerika walaupun tanpa restu ayahnya, manakala ibunya hanya bersikap berdiam diri.
Pemergiannya ke Amerika hanya diiring ibunya di KLIA, Sepang. Ayahnya teramat marah dan kecewa dengan keputusannya. Tanpa restu ayah, memang membuatkan Affan agak serba salah. Namun keinginan dan ketamakan mendapat gaji dan ganjaran lumayan telah mengabui matanya.
“Mak, maafkan Affan. Affan tak dapat memenuhi permintaan ayah. Kirim salam pada ayah,” katanya ringkas ketika dia ingin memasuki lobi berlepas. Ibunya hanya menitikkan air mata.
“Mak akan mendoakan kejayaan dan kebahagiaan Affan di mana pun berada. Ingat pesan mak, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung! Jaga diri baik-baik…,” pesan ibunya terputus putus akibat menahan tangisan.
Penerbangan ke Amerika dirasakan amat jauh sekali. Fikirannya menerawang. Teringat kenangan manis bersama ayahnya. Ayahnya menghantar ke sekolah ketika dia berumur enam tahun menaiki basikal buruknya. Air matanya merembes teringat kenangan silam.
Ayahnya selalu menceritakan kisah datuknya yang mempertahankan tanah air hingga
terkorban. Ayahnya selalu menanam sifat patriotik dan sayangkan tanah air.
Setelah setahun bekerja, Affan membuat keputusan mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan yang juga rakan sekerja. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, lelaki dan perempuan. Walaupun berada di negara asing. Affan mendidik kedua anaknya agar mampu menggunakan bahasa Melayu. Bahasa Melayu mesti dikekalkan kerana bahasa melambangkan bangsa. Meskipun jauh dari tanah air, agama dan bangsa tidak pernah dilupakan. Didikan agama yang disemai oleh ibu bapanya semenjak kecil tetap dipraktikkan walau berada di negara asing.
Tinggal di kota Washington memang benar-benar menguji keimanan. Ramai hanyut
dalam budaya dan cara kehidupan Barat. Persetubuhan tanpa nikah, filem lucah adalah perkara biasa di kota ini. Masyarakat di sini hanya mementingkan keseronokan dan kebendaan.
Corak kehidupan dan gaya hidup moden masyarakat kota membuatkan Affan termanggu-manggu. Perbezaan dan jurang amat ketara jika dibandingkan dengan tanah air. Mujurlah didikan ibu bapa mampu menjadi benteng kepada Affan supaya tidak hanyut dalam budaya asing.
Kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke kota Washington membuka minda Affan.
Antara inti pati ucapannya di ‘Malaysia Hall’ yang dihadiri oleh rakyat Malaysia yang menetap di Amerika:
“Negara kita masih kekurangan jurutera, doktor, saintis dan pakar dalam pelbagai bidang terutamanya sains dan teknologi. Jika kamu mempunyai kepakaran dan kemahiran yang diperlukan oleh negara, berbakti dan berkhidmatlah di tanah air. Kerajaan memang tidak mampu membayar gaji yang lumayan sebagaimana yang kamu dapati di negara maju seperti Amerika tetapi jika kamu balik dan berkhidmat di negara kita, kemajuan dan pemodenan akan lebih cepat terhasil. Jika kita menjadi negara maju dengan lebih cepat, kerajaan akan mampu membayar gaji yang lumayan sebagaimana yang kamu peroleh di sini. Tanah air banyak berjasa kepada kita, jadilah warga yang membalas jasa dan mengenang budi dengan berkhidmat di tanah air,”.
Ucapan penuh emosi yang dilontarkan oleh perdana menteri membuat Affan benar-benar tersentak dan terpegun. Ia membuatkan Affan kembali mempunyai semangat dan kemahuan berbakti di negara sendiri.
“Ain, Abang nak berbincang,” Affan memulakan bicara. Ain adalah panggilan manja isterinya yang bernama Norainah binti Abdullah.
“About what?” jawab isterinya dalam bahasa Inggeris.
“Abang nak balik ke Malaysia dan bekerja di sana. Cukuplah lima tahun berbakti di negara orang, abang nak berkhidmat untuk negara sendiri,”.
“Up to you!” balas isterinya tidak acuh.
“Ain bagaimana? Nak ikut tak?,” Affan cuba menduga.
“I’m with you where ever, what ever…,” jawab isterinya dengan yakin.
Setelah berfikir panjang, Affan dan keluarga membuat keputusan untuk balik ke Malaysia. Affan merasa sedih dan terharu dengan pengorbanan isterinya yang sanggup meninggalkan keluarga di Amerika demi menurut suami tersayang.
“Amerika dah buang kau ke?,” sindir kakaknya, Intan apabila Affan memberitahu hajatnya ingin pulang ke tanah air.
“Hujan emas di negeri orang…,” balasnya ringkas.
“Harap-harap keputusan kau tak berubah…,” tegas kakaknya.
Affan mula mengemaskan barang-barang dan pakaian, menjual apartmen yang dibelinya dua tahun lalu, menyiapkan segala dokumen untuk pulang ke tanah air.
Surat berhenti kerja telah dihantar kepada pengerusi syarikat. Mr Bill, pengerusi syarikat menemui Affan dan menjelaskan kepada Affan bahawa dia tidak menerima surat peletakan jawatan.
“You can still be my worker, although not here,” jelas Mr Bill.
“What do you meant,” tanya Affan.
“We will open new branch in Kuala Lumpur and you will be a marketing manager there,” jelas Mr Bill dengan slanga Amerikanya. Affan amat gembira dengan berita itu.
Ternyata keputusannya pulang ke tanah air tidak silap. Bukan sahaja dapat berjasa kepada negara tercinta tetapi juga dapat memajukan teknologi komputer dengan menjadi pengurus MICROSOFT di Malaysia.
Kepulangan Affan dan keluarga disambut dengan gembira terutama ibunya. Ibunya tidak dapat menahan air mata kegembiraan apabila anak lelaki kesayangannya terpacul di muka pintu rumahnya.
“Apa khabar mak?”, Tanya Norainah kepada ibu mentuanya dengan slanga tersendiri.
“Baik, nak. Orang putih pun pandai cakap Melayu!” gurau mentuanya.
Selepas mengemaskan barang-barang, Affan meminta izin ibunya untuk menziarahi pusara ayahnya. Di pusara, Affan membaca surah Yasin dan berdoa:
“Ya Allah, Tuhan Maha Pengampun, maafkanlah dosaku dan dosa ayahku. Rahmatilah dan kasihanilah ayahku yang banyak berjasa dan berbakti kepadaku. Limpahilah rahmat dan nikmat kepada ayahku,” air matanya mula merembes.
Walaupun agak terlewat, namun Affan dapat menunaikan impian ayahnya untuk berkhidmat di tanah air walaupun kepulangannya agak menyedihkan kerana ayahnya telah pergi buat selamanya.
Affan bertekad akan mendidik anak-anak sayangkan tanah air, berjasa kepada bangsa, agama dan negara. Sebagaimana ayahnya menanam ke dalam jiwanya sayangkan tanah air, begitulah akan dilakukan kepada anak-anak.
~~~Tamat~~~
Hakcipta Terpelihara @ 2013 SAAT SULAIMAN
ALI RUSTAM PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT
Oleh Hj Saat Hj Sulaiman
Prakata
Sejak tahun 1999,YAB Datok Seri Mohd Ali
bin Mohd Rustam menjadi Ketua Menteri Melaka.Sejak beliau menjadi Ketua
Menteri,pelbagai kemajuan dan kemodenan telah dilakukan terhadap negeri Melaka.
Beliau adalah Ketua Menteri terbaik
dalam sejarah.Pada tahun 2010,Melaka telah bergelar negeri maju mengatasi
negeri-negeri lain yang lebih besar dan kaya.
Ketokohan beliau memang tidak boleh
dinafikan.Rakyat Melaka bertuah memiliki seorang Ketua Menteri yang bukan
sahaja bijak,malah prihatin dengan nasib rakyat Melaka.
Semoga buku kecil ini membuka mata ramai
pihak mengenai siapakah Mohd Ali....Undilah BN demi kemajuan berterusan.
Rakyat Melaka perlu bersyukur dan
berterima kasih kerana mempunyai pemimpin yang berwawasan,komited dan mahu
melihat kemajuan dinikmati semua lapisan masyarakat.
Semoga buku kecil ini akan mengubah
persepsi negatif ramai rakyat Melaka mengenai beliau dan BN.Mohd Ali adalah
contoh pemimpin terbaik dan rakyat Melaka perlu memberikan sokongan kepada beliau
dan BN.Kemajuan yang dinikmati rakyat Melaka adalah usaha beliau yang bekerja
siang malam tanpa mengira letih dan penat.
Biografi ringkas Ketua Menteri Melaka
Datok Seri Mohd Ali bin Rustam adalah
anak kelahiran Melaka. Beliau dilahirkan pada 24 Ogos tahun 1949 di Kampung
Bukit Katil, Melaka. Pendidikan awal ialah di Sekolah Kebangsaan Bukit Katil
dan Sekolah Kebangsaan Semabok dan meneruskan pengajiannya di Sekolah Tinggi
Melaka (Melaka High School). Beliau berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda
Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada
tahun 1984.
Beliau telah mendirikan
rumahtangga dengan Datin Seri Hajah Asmah Abd. Rahman pada tahun 1985 dan
dikurniakan tiga cahayamata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Mohd
Ridhwan, Wan Nazirah dan Muhamad Hamka.
Mohd Ali mempunyai banyak pengalaman
dalam kerajaan.Beliau memulakan tugas sebagai Pegawai Kerani di Tenaga Nasional
(TNB).Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengarah KEMAS.Pada 1984 beliau
dilantik sebagai Setiausaha Khas kepada Y.A.B Ketua Menteri Melaka ketika Tan
Sri Abdul Rahim Tamby Chik menjadi Ketua Menteri.
Manakala dalam jemaah menteri kabinet
pula,beliau pernah menjawat Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri
Kesihatan.
Beliau adalah seorang pemimpin idealis yang praktikal, berpendirian tegas
dalam membuat keputusan, berani, cekal, yakin dengan kemampuan diri sendiri dan
percaya tidak ada apa yang sukar dilakukan sekiranya ada usaha yang komited
berterusan . Maka ketika di bawah kepimpinan beliau Melaka telah berjaya
sebagai salah negeri yang pesat membangun dan maju.
Kepemimpinan politik beliau amat
dikagumi kerana tidak pernah kalah dalam pilihan raya dan pada 2008 berjaya
memberikan kemenangan kepada UMNO 100%
dalam PRU-12 .Kejayaan ini membuktikan beliau adalah pemimpin
politik yang amat disegani kawan dan
lawan.
Pemimpin yang bermula dari bawah
Mohd Ali adalah ahli UMNO yang keras
berusaha dan beliau menaiki tangga demi tangga.Walaupun puluhan tahun menjadi
ahli UMNO,beliau tidak merasa jawatan Timbalan Presiden UMNO,apa lagi Presiden
UMNO.
Kemuncak kegagalan beliau adalah apabila
dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.Walaupun rakyat Melaka dan
penyokong beliau kecewa dan sedih,namun Mohd Ali setia dengan parti dan
kerajaan.
Mohd Ali bukan seperti Anwar Ibrahim
yang rakus mahukan jawatan penting dalam parti dan kerajaan.Walaupun Tun
Ghaffar Baba adalah pemimpin yang bersih,cekap dan amanah namun Anwar
sanggup bertanding jawatan Timbalan
Presiden UMNO demi mendapatkan kuasa.
Sikap tamak dan rakus Anwar telah
menyebabkan beliau dipecat dan dibuang dari parti dan kerajaan.Malah Anwar
menjadi banduan di penjara Sungai Buloh beberapa tahun.Bak kata pepatah
"orang tamak selalu rugi"
Pemimpin yang setia dengan
parti
Mohd Ali adalah pemimpin dan ahli
UMNO yang setia dengan parti.Walaupun dilarang bertanding jawatan Timbalan
Presiden atas kesalahan teknikal,beliau setia dan bersama UMNO.Beliau
mencontohi sikap Allahyarham Tun Ghaffar Baba yang kehilangan jawatan Timbalan
Presiden UMNO lantaran kerakusan Anwar Ibrahim merampas jawatan tersebut.Namun
Ghaffar tetap setia dengan UMNO hingga ke akhir hayat.
Tengku Razaleigh yang kecewa kalah
dalam pertandingan jawatan Presiden UMNO telah keluar parti dan mengasaskan
Semangat 46.Namun Mohd Ali tidak pernah mengambil tindakan meninggalkan UMNO.
Kesetiaan Mohd Ali kepada parti UMNO
adalah bukti beliau adalah pemimpin sejati dalam UMNO.Jawatan bukanlah
penting,apa yang penting adalah sumbangan kepada parti dan negara.
Tun Ghaffar ketika ditanya setelah kehilangan jawatan
Timbalan Presiden UMNO adakah beliau
sedih dan kecewa ,beliau berkata "Saya suka menjadi orang biasa,boleh
memandu sendiri dan makan cendol di bawah pokok".
Mencontohi peribadi pemimpin berjaya
Mohd Ali dikenali sebagai pemimpin
yang menjadi pemimpin yang benar-benar memimpin.Beliau bukan seperti pemimpin
PAS yang cakap tidak serupa bikin.Memang hawau pemimpin PAS.
Mohd Ali sering mencontohi etika kerja
pemimpin yang hebat seperti bekas boss beliau Yabhg Tun Dr Mahathir Mohamad.Dr
Mahathir pernah memuji Mohd Ali ketika beliau menjadi Perdana Menteri "Melaka adalah negeri yang amat kecil,namun
memiliki seorang pemimpin yang berjiwa besar dan bercita-cita tinggi dalam
memajukan negeri Melaka"
Kejayaan memajukan Melaka
Melaka adalah sebuah negeri yang
amat kecil namun Mohd Ali mempunyai wawasan besar untuk memajukan Melaka.Sejak
beliau menjadi Ketua Menteri,jumlah pelancong dalam dan luar negara bertambah.
Melaka jauh
meninggalkan Kelantan dari aspek
kebersihan,kemajuan dan pemodenan.Malah anak Kelantan ramai yang
berhijrah ke Melaka untuk mencari rezeki.Mengapa Kelantan sebuah negeri yang
besar dan banyak sumber hasil dalam negeri namun masih miskin ?Puncanya Kelantan
dipimpin Menteri Besar yang bodoh dan bangang.Kelantan mempunyai banyak sumber
alam,namun pemimpin negeri tersebut tidak bijak memacu ekonomi.
Pemimpin PAS hanya gemar memakai jubah
dan kopiah bagi menunjukkan mereka warak dan alim.Hakikatnya mereka adalah sampah dan lebih hina dari sampah!
Bergelar seorang pemimpin bukan perkara
mudah.Pemimpin yang bersih dan berserban sahaja tidak mampu memajukan
negeri.Sesebuah negeri memerlukan pemimpin yang bijak bistari.Jika Mohd Ali
bodoh,sudah tentu Melaka negeri termiskin dalam Malaysia.
Melaka adalah sebuah
negeri kecil dan kedua terkecil dalam Malaysia selepas
Perlis.Namun kesungguhan
Mohd Ali mahu melihat Melaka maju dan membangun telah
membuktikan beliau adalah pemimpin yang mempunyai wawasan
dalam pemerintahan.
Walaupun Melaka tidak mempunyai sumber
minyak dan balak seperti Kelantan,namun Mohd Ali komited memajukan
negeri.Inilah pemimpin berjiwa besar walaupun memimpin negeri kecil.
Antara
kejayaan dan sumbangan beliau adalah :
1.Mengurangkan kemiskinan.
Kadar kemiskinan menurun / hampir
sifar [1999 = 5.7%; 2009 = 0.5%]
2.Pendapatan rakyat bertambah.
3.Peluang pekerjaan bertambah.
4.Kadar jenayah menurun.
5.Kualiti hidup meningkat.
6.Pertumbuhan ekonomi bertambah
pesat.
7.Kadar inflasi sederhana.
8.Hasil kerajaan negeri meningkat.
9.Tiada rusuhan kaum dan agama.
10.Jurang pendapatan bandar / luar
bandar mengecil.
11.Bayaran zakat bertambah.
12.Kadar pengangguran rendah.
13.Peruntukan fasiliti untuk rakyat
bertambah.
14.Mengurangkan pencemaran udara.
15.Meningkatkan jumlah pelancong.
16.Menjadikan Melaka destinasi
kesihatan.
17.Memajukan lapangan kapal
terbang.
18.Mencantikkan sungai Melaka dan
pelbagai aktiviti.
19. Melahirkan Pusat Bowling
Antarabangsa Melaka (MIBC).
20.Memajukan fasiliti sukan.
21.Membina jalan raya yang luas
demi keselesaan rakyat dan pelancong.
22.Menambah jumlah rumah untuk
rakyat.
23.Meningkatkan produk pelancongan.
24.Menambahkan produk untuk pasaran
antarabangsa.
25.Memajukan IKS.
26.Menambah pusat pendidikan.
27.Menarik lebih ramai pelabur ke
Melaka
28.Memperkenalkan teknologi hijau.
29.Menjadikan lokasi pelancongan sebagai zon bebas merokok.
30.Menambah elaun pegawai agama.
dan sebagainya.
Tohmahan pembangkang dan jawapannya
Pemimpin
pembangkang seperti PAS sering menghentam dan mencerca Mohd Ali hingga
digelar Ali Ketam.Begitulah jahatnya pemimpin PAS yang hebat
berserban dan berkopiah,namun
sebenarnya bangang dan bahalol.
PAS adalah sebuah parti yang celaka.Sejak
merdeka,PAS tidak pernah menang walaupun satu kerusi di Melaka namun berjaya mendapat hanya satu kerusi pada PRU13 .Ia membuktikan
pemimpin PAS di Melaka adalah kurang cerdik dalam politik .Jika mereka cerdik dan
bijak,sudah tentu mereka menang banyak kerusi di Melaka.Namun sejak merdeka
hinggalah PRU12,mereka tidak pernah menang walaupun satu kerusi .
Pelbagai fitnah dilontarkan
pembangkang terhadap Mohd Ali,namun tidak satu pun mempunyai bukti.Ia hanyalah
cakap kosong dan fitnah semata-mata.
Kerajaan BN adalah telus dan
adil.Lihatlah skandal PKFZ di mana bekas
menteri Dr Ling Liong Sik dihadapkan ke mahkamah.Namun Mohd Ali tidak pernah
dihadapkan ke mahkamah.Ini membuktikan Mohd Ali adalah pemimpin yang bersih.
Banyak kerja kurang tidur
Mohd Ali dikenali sebagai pemimpin
yang kuat bekerja.Beliau bekerja siang dan malam ,malah awal pagi untuk
membangunkan Melaka.Itulah pemimpin yang sejati.Melaka maju lantaran Mohd Ali
bekerja kuat membangunkan negeri Melaka.
Mohd Ali juga dikenali sebagai
pemimpin yang suka tidur-tidur ayam ketika mesyuarat dan pembentangan .Ramai
menyangka beliau tidur,namun sebenarnya beliau mendengar semua isi
perbincangan,bukan tidur mati seperti pemimpin lain.
Melaka maju dan menjadi sebuah negeri
yang lebih kaya berbanding Kelantan hingga membayar cukai setiap tahun kepada
kerajaan pusat melebihi kerajaan Kelantan.Itulah bukti Mohd Ali adalah pemimpin
bijak bistari.
Pemimpin Kelantan banyak cakap,banyak
tidur.Manakala Mohd Ali adalah pemimpin yang kurang tidur dan banyak bekerja.
Tidak sombong
Mohd Ali adalah pemimpin yang
sentiasa merendah diri dan melayan semua rakyat dengan sama rata tanpa mengira
fahaman politik,pangkat ,bangsa,agama dan sebagainya.
Ketika penulis menjemput beliau
merasmikan Restoran Nasi Ayam CBE di Masjid Tanah,beliau hadir walaupun
restoran tersebut tidak segah KFC atau McDonald.Beliau hadir memberi
ucapan,menyampaikan bantuan kepada anak-anak yatim dan warga emas di kawasan
Parlimen Masjid Tanah dan menjamu selera memakan nasi ayam.
Mohd Ali sempat memuji "saya suka
sambal nasi ayam,sedap..".Itulah
reaksi beliau setelah menjamu nasi ayam di restoran tersebut.
Mohd Ali sering bertemu rakyat di
Melaka.Ramai menegur dan menyapa beliau kerana beliau tidak suka dengan
protokol.Protokol menyusahkan rakyat mendampingi Ketua Menteri.Namun Mohd Ali
memudahkan rakyat bertremu beliau di mana sahaja.
Seri Bendahara rumah
rakyat
Pada suatu waktu dahulu,Mohd Ali membuka pejabat
beliau Seri Negeri di Air Keroh setiap hari Khamis agar rakyat dapat
menyuarakan apa jua masalah.Namun setelah ramai rakyat mengambil peluang,beliau memilih membuka
kediaman rasmi Seri Bendahara sebagai rumah rakyat.Setiap pagi dan malam,ribuan
rakyat datang bertemu beliau.Tindakan beliau memudahkan rakyat bertemu dan
menyuarakan apa jua masalah yang dihadapi.
Lihatlah ramai pemimpin di negara
ini,berapa ramai yang membuka kediaman rasmi untuk bertemu rakyat?Inilah bukti
Mohd Ali pemimpin penyayang dan berjiwa rakyat.Ada Menteri yang tidak diketahui
rumah mereka............
Seri Bendahara adalah kediaman rasmi
Ketua Menteri Melaka.Setiap hari tanpa mengira siang atau malam,ia menjadi
pejabat kedua Mohd Ali Rustam selain
pejabat rasmi Seri Negeri.
Mohd Ali menjadikan Seri Bendahara
sebagai pejabat kedua untuk berbincang dan mesyuarat dengan pegawai kerajaan
negeri,bertemu pelabur dan sebagainya.Seri Bendahara juga menjadi rumah rakyat
di mana semua lapisan masyarakat datang bertemu Ketua Menteri untuk memohon
bantuan,membuat aduan,memohon sokongan dan pelbagai urusan .
Ketua Menteri Melaka adalah Ketua
Menteri berjiwa rakyat dengan menjadikan kediaman rasmi sebagai tempat tumpuan
rakyat.Ia amat jarang dilakukan oleh mana-mana Ketua Menteri atau Menteri
Besar.
Sikap Ali Rustam menjadikan Seri
Bendahara rumah rakyat menunjukkan beliau adalah pemimpin yang merendah diri
dan mahu berdamping dengan semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Setiap hari pelbagai lapisan masyarakat
mengunjungi Seri Bendahara sama ada awal pagi ,petang atau malam.Apabila Ketua
Menteri ada di Seri Bendahara,beliau akan melayan kesemua rakyat yang datang
dan membantu apa sahaja yang boleh dilakukan.
Inilah pemimpin yang disayangi rakyat
Melaka kerana mudah untuk ditemui dalam mengemukakan pelbagai masalah.Jawatan
sebagai Ketua Menteri Melaka bukan menjadikan beliau sombong dan angkuh tapi
sentiasa mahu menemui semua lapisan masyarakat.
Tegas dan
berprinsip
Mohd Ali adalah pemimpin yang
tegas dan berprinsip.Ketegasan beliau menyamai mantan PM iaitu Dr
Mahathir.Beliau tegas kerana mahu pegawai di bawah beliau sentiasa komited
dengan kerja yang dilakukan.
Pada suatu pagi Mohd Ali pernah
memarahi bekas Setiausaha Sulit beliau kerana tidak mencatat pelbagai masalah
rakyat ketika rakyat datang ke Seri Bendahara.Beliau dengan tegas berkata
"Kamu ni dengar sahaja..Ambillah pen dan tulis...kamu boleh ingat ke
semua!".Pegawai tersebut tersipu malu kerana Mohd Ali memarahi beliau di hadapan
orang ramai yang berada di situ.
Itu menunjukkan beliau amat tegas dengan
pegawai bawahan dan sentiasa amanah dengan tugas.
Datok Hamzah Baijuri
pernah bercerita "CM adalah pemimpin yang tegas.Jika kita nak
tengok beliau sayangkan pegawai bawahan,beliau akan tegur jika pegawai bawahan
melakukan kesalahan.Beliau tegur menunjukkan beliau sayang kepada pegawai
tersebut.Jika beliau tidak tegur,ia menunjukkan CM tidak peduli dengan pegawai
tersebut".
Datok Hamzah adalah pemimpin berjiwa
rakyat di mana penulis mudah bertemu beliau walaupun beliau berpangkat Datok
.Beliau mencontohi sikap Ketua Menteri.Banyak perkara diceritakan Datok Hamzah
tentang sikap positif Ketua Menteri yang mahu dikongsikan lagi pada buku lain.
Rakyat sayangkan Ketua
Menteri
Ribuan rakyat penulis temui di
Melaka dan luar Melaka,mereka kagum dengan Mohd Ali.Majoriti rakyat Melaka
sayangkan Ketua Menteri kerana sikap beliau yang peka dengan apa jua masalah
rakyat.
Rakyat Melaka mengkagumi Mohd Ali
sebagai pemimpin yang mudah ditemui,memahami masalah rakyat,sentiasa peka
dengan apa jua masalah.Malah penyokong pembangkang di Melaka mengkagumi Mohd
Ali sebagai seorang pemimpin Melaka yang hebat!
Facebook dan sms penghubung
rakyat
Mohd Ali adalah seorang Ketua Menteri
yang mendedahkan nombor telefon bimbit kepada semua agar rakyat Melaka menyalurkan apa jua masalah melalui sms dan
panggilan.Kesibukan beliau siang dan malam menyebabkan beliau jarang mengangkat
telefon,namun beliau sentiasa membalas sms.
Ketika lahir Facebook,Mohd Ali
memanfaatkan Facebook untuk berhubung dengan rakyat.Pengalaman penulis
menghantar mesej dalam FB dan beliau menjawabnya.Begitu juga sms.Ini
membuktikan beliau adalah pemimpin yang peka dan sentiasa mahu berhubung dengan
rakyat.
Mohd Ali menerima ribuan sms setiap
hari dan beliau memerlukan masa untuk menjawabnya.Amat jarang sekali seorang
pemimpin bertaraf Menteri mendedahkan nombor telefon bimbit beliau kepada semua
orang.Namun sebagai pemimpin yang mahu sentiasa rapat dengan rakyat,beliau
mendedahkannya kepada umum.
Namun amat sedikit pemimpin
mencontohi sikap beliau.
Penutup
Melaka memiliki seorang bekas Ketua Menteri
berjiwa rakyat.Beliau adalah pemimpin yang mengabaikan protokol demi memudahkan
rakyat bertemu beliau di mana sahaja siang dan malam.Mohd Ali telah menunjukkan
contoh teladan yang amat baik namun amat sedikit pemimpin mencontohi beliau.
Semua pemimpin UMNO dan BN perlu
mencontohi etika kerja YAB Datok Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam jika mahu Melaka
terus maju dan makmur.Melaka boleh jatuh ke tangan pembangkang jika pemimpin BN
masih leka dan cuai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.
Mohd Ali adalah pemimpin yang
mencontohi sifat dan etika kerja Khalifah Omar al-Khattab r.a
yang amat berani dan tegas.Walaupun Mohd Ali tidak memakai serban dan
jubah seperti Hadi Awang dan Nik Aziz,percayalah bahawa Mohd Ali adalah
pemimpin yang hebat dan lebih mempraktikkan islamisasi dalam perbuatan dan
sikap.
Melaka maju selamanya............
Terima kasih kerana
membaca..........
Sumber rujukan :
1.Utusan Malaysia
2.Harakah.
3.Melaka Hari Ini.
4.Wawancara rakyat Melaka.
5.Wawancara Datok Hamzah Baijuri.
6.Wikipedia.
7.Wawancara pegawai-pegawai
di Jabatan Ketua Menteri.
8.Wawancara Datok Hasnoor Sidang Husin.
9.Wawancara Datok Rahim Abu.
10.Sms dari Ketua Menteri Melaka.
11.Program bersama Ketua Menteri di Restoran Melayu Melaka.
12.Program bersama Ketua Menteri di Seri Bendahara.
13.Program bersama DAR di pelbagai lokasi.
Hakcipta Terpelihara @ 2013 Saat Sulaiman
Biodata
Penulis
Nama
Penuh : Saat Sulaiman.
Kerjaya
: Usahawan dan penulis.
Pendidikan
: Universiti Islam Madinah Arab Saudi.
Pengalaman
dalam perniagaan keluarga : 15 tahun.
emel
: bukusaat@gmail.com
Laman
web : www.kuburakhirat.com
www.cepatbersihenak.com
www.saatsulaiman.com
www.saatsulaiman.com
Buku-buku :
1.Panduan
menjadi ibu bapa Cemerlang (PTS Millenia)
2.Remaja
positif.(Utusan Publications )
3.Anak
adalah anugerah. (Utusan Publications )
4.Usahawan
Cemerlang.(Utusan Publications )
5.Buat
duit dengan jual pakaian. (PTS Professional )
6.Usahawan
kaya wang kaya iman ( PTS Millenia )
7.Melakar
Syurgawi Idaman- Telaga Biru Sdn Bhd
8.Tips Menjadi Ibu bapa Mithali - PTS Millenia
9.Melakar Syurgawi Idaman -TELAGA BIRU SDN BHD
9.Melakar Syurgawi Idaman -TELAGA BIRU SDN BHD
Buku
akan terbit :
2.Peribadi
Dr Mahathir -TERBITAN SAAT SULAIMAN DOT COM
Subscribe to:
Posts (Atom)