Wednesday, May 29, 2013

Mohd. Ali terus terajui ekonomi Melaka

Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Ekonomi Negeri Melaka.


Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, keputusan tersebut dicapai pada Mesyuarat Kerajaan negeri dan dipersetujui oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang hari ini.
Menurutnya, di samping pelantikan Mohd. Ali, beberapa lagi ahli jawatankuasa majlis berkenaan akan dilantik antara tujuh hingga 20 orang dalam tempoh terdekat ini.


''Majlis akan mengandungi beberapa pakar ekonomi khususnya mereka yang berasal dari Melaka bertugas di beberapa kementerian dan jabatan kerajaan termasuk bekas pemimpin negeri.


''Majlis ini juga akan memberi fokus untuk membantu kerajaan negeri meningkatkan ekonomi kerajaan negeri dengan memberi idea dan cadangan terutama kepada beberapa projek mega yang akan dibangunkan di negeri ini," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.


Melalui penubuhan majlis berkenaan menggantikan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Melaka sebelum ini, Idris berkata, beliau yakin dengan keupayaan bekas Ketua Menteri untuk mengemudi jawatankuasa berkenaan.
Katanya, kepakaran Mohd. Ali ketika menjadi Ketua Menteri kesembilan selama 13 tahun membangunkan Melaka diyakini dapat membantu kerajaan negeri dalam merencanakan sebarang pelan tindakan untuk membangunkan ekonomi negeri ini.


''Melalui majlis ini kerajaan negeri akan menerima lebih banyak input dan idea bernas bagi merancang untuk meningkatkan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi," katanya lagi.


Dalam pada itu, Idris merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Omar Kaseh yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri juga mulai 1 Jun ini.


''Beliau (Omar) telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang dilantik sebagai Setiausaha kerajaan negeri," ujarnya.


Menurutnya, tempat Omar akan diisi oleh bekas pegawai kewangan negeri, Datuk Naim Abu Bakar, 55, yang akan memulakan tugas pada 1 Jun ini.


Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan menganjurkan majlis perpisahan kepada bekas Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di Seri Negeri esok.

UTUSAN 

Sunday, May 12, 2013

KALENDAR 2013


HUJAN EMAS







                                                                  Hujan Emas 
HUJAN emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.Kerajaan yang menyekolahkan kau, MARA yang memberi biasiswa hingga kau berjaya mendapat ijazah di Universiti Harvard. Mengapa pilih Amerika?,” itulah kata-kata arwah ayahnya ketika Affan membuat keputusan untuk bekerja di Amerika Syarikat selepas menamatkan pengajiannya.
Setelah lima tahun berkhidmat di negara Uncle Sam itu, Affan mula gelisah dan rindu pada tanah air. Pesanan ayahnya terngiang-ngiang di telinganya. Impian ayahnya untuk melihat anaknya berkhidmat di negara sendiri tidak terlaksana.
Dia memilih Amerika kerana ganjaran dan gaji yang lumayan, kemudahan dan seronok dengan kehidupan di negara maju. Malah ketika ayahnya menghembus nafas terakhir, dia berada di Kanada mengikuti kursus yang dianjurkan oleh syarikatnya. Hanya bacaan Al-Fatihah mengiringi pemergian ayah tersayang.
“Maafkan Affan kerana tak dapat balik. Sekarang Affan di Kanada. Assalamualaikum,” begitulah jawapan ringkas apabila ibunya menghubungi untuk memberitahu kematian ayahnya.
Memang sedih tidak dapat menatap wajah ayahnya buat kali terakhir. Kewajipan dan tugas perlu diutamakan. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Itulah kata-kata ibunya apabila dia mula menjejakkan kaki di Amerika untuk melanjutkan pelajaran.
Memang susah untuk membuat keputusan apabila mendapat berita kematian ayahnya.
Namun Affan tekad untuk meneruskan kerjanya demi menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja. Jika dia pulang ke tanah air pun, ayahnya tak akan bernafas semula.
“Kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menghantar pelajar Melayu melanjutkan pelajaran di luar negara supaya mereka mendapat pengetahuan, pengalaman, kemahiran. Kamu mestilah menceduk dan menimba pelbagai ilmu kemajuan di negara asing supaya dapat dipraktikkan di negara kita apabila kamu balik berkhidmat nanti.
Jika kamu sayangkan negara, belajarlah bersungguh-sungguh dan berkhidmatlah di tanah air setelah menamatkan pengajian nanti,”. Begitulah ucapan Datuk Wira ketika majlis penyampaian biasiswa kepada pelajar-pelajar Melayu yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran di luar negara. Ketika ucapan itu masuk ke telinganya di dalam bangunan PWTC, Kuala Lumpur, semangat ingin berjaya dengan cemerlang berkobar-kobar dan impian untuk berkhidmat di tanah air ditanam di sanubari.
Namun segalanya berubah apabila berada di Amerika. Tika di tahun akhir pengajian, tawaran dari syarikat komputer terkenal, MICROSOFT, sampai di tangannya. Tawaran gaji dan pelbagai kemudahan menyebabkannya berubah fikiran. Keinginan berkhidmat di tanah air setelah tamat pengajian telah terkubur.
Setelah tamat pengajian, Affan balik ke tanah air untuk berehat beberapa bulan di samping menyampaikan berita gembira kepada keluarganya namun tidak diterima oleh ayahnya. Ayahnya menolak keras kemahuannya ingin bekerja di Amerika Syarikat.
“Kamu dah ada ijazah, apa yang kamu susah? Sini pun tak kurang hebat, ada syarikat
TELEKOM, TNB, RENONG dan lain-lain. Kamu boleh dapat kerja!,” bentak ayahnya pada satu petang apabila Affan memberitahu keinginannya bekerja dengan MICROSOFT.
Namun Affan tetap dengan keputusannya. Dia meninggalkan tanah air dan bekerja di Amerika walaupun tanpa restu ayahnya, manakala ibunya hanya bersikap berdiam diri.
Pemergiannya ke Amerika hanya diiring ibunya di KLIA, Sepang. Ayahnya teramat marah dan kecewa dengan keputusannya. Tanpa restu ayah, memang membuatkan Affan agak serba salah. Namun keinginan dan ketamakan mendapat gaji dan ganjaran lumayan telah mengabui matanya.
“Mak, maafkan Affan. Affan tak dapat memenuhi permintaan ayah. Kirim salam pada ayah,” katanya ringkas ketika dia ingin memasuki lobi berlepas. Ibunya hanya menitikkan air mata.
“Mak akan mendoakan kejayaan dan kebahagiaan Affan di mana pun berada. Ingat pesan mak, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung! Jaga diri baik-baik…,” pesan ibunya terputus putus akibat menahan tangisan.
Penerbangan ke Amerika dirasakan amat jauh sekali. Fikirannya menerawang. Teringat kenangan manis bersama ayahnya. Ayahnya menghantar ke sekolah ketika dia berumur enam tahun menaiki basikal buruknya. Air matanya merembes teringat kenangan silam.
Ayahnya selalu menceritakan kisah datuknya yang mempertahankan tanah air hingga
terkorban. Ayahnya selalu menanam sifat patriotik dan sayangkan tanah air.
Setelah setahun bekerja, Affan membuat keputusan mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan yang juga rakan sekerja. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, lelaki dan perempuan. Walaupun berada di negara asing. Affan mendidik kedua anaknya agar mampu menggunakan bahasa Melayu. Bahasa Melayu mesti dikekalkan kerana bahasa melambangkan bangsa. Meskipun jauh dari tanah air, agama dan bangsa tidak pernah dilupakan. Didikan agama yang disemai oleh ibu bapanya semenjak kecil tetap dipraktikkan walau berada di negara asing.
Tinggal di kota Washington memang benar-benar menguji keimanan. Ramai hanyut
dalam budaya dan cara kehidupan Barat. Persetubuhan tanpa nikah, filem lucah adalah perkara biasa di kota ini. Masyarakat di sini hanya mementingkan keseronokan dan kebendaan.
Corak kehidupan dan gaya hidup moden masyarakat kota membuatkan Affan termanggu-manggu. Perbezaan dan jurang amat ketara jika dibandingkan dengan tanah air. Mujurlah didikan ibu bapa mampu menjadi benteng kepada Affan supaya tidak hanyut dalam budaya asing.
Kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke kota Washington membuka minda Affan.
Antara inti pati ucapannya di ‘Malaysia Hall’ yang dihadiri oleh rakyat Malaysia yang menetap di Amerika:
“Negara kita masih kekurangan jurutera, doktor, saintis dan pakar dalam pelbagai bidang terutamanya sains dan teknologi. Jika kamu mempunyai kepakaran dan kemahiran yang diperlukan oleh negara, berbakti dan berkhidmatlah di tanah air. Kerajaan memang tidak mampu membayar gaji yang lumayan sebagaimana yang kamu dapati di negara maju seperti Amerika tetapi jika kamu balik dan berkhidmat di negara kita, kemajuan dan pemodenan akan lebih cepat terhasil. Jika kita menjadi negara maju dengan lebih cepat, kerajaan akan mampu membayar gaji yang lumayan sebagaimana yang kamu peroleh di sini. Tanah air banyak berjasa kepada kita, jadilah warga yang membalas jasa dan mengenang budi dengan berkhidmat di tanah air,”.
Ucapan penuh emosi yang dilontarkan oleh perdana menteri membuat Affan benar-benar tersentak dan terpegun. Ia membuatkan Affan kembali mempunyai semangat dan kemahuan berbakti di negara sendiri.
“Ain, Abang nak berbincang,” Affan memulakan bicara. Ain adalah panggilan manja isterinya yang bernama Norainah binti Abdullah.
“About what?” jawab isterinya dalam bahasa Inggeris.
“Abang nak balik ke Malaysia dan bekerja di sana. Cukuplah lima tahun berbakti di negara orang, abang nak berkhidmat untuk negara sendiri,”.
“Up to you!” balas isterinya tidak acuh.
“Ain bagaimana? Nak ikut tak?,” Affan cuba menduga.
“I’m with you where ever, what ever…,” jawab isterinya dengan yakin.
Setelah berfikir panjang, Affan dan keluarga membuat keputusan untuk balik ke Malaysia. Affan merasa sedih dan terharu dengan pengorbanan isterinya yang sanggup meninggalkan keluarga di Amerika demi menurut suami tersayang.
“Amerika dah buang kau ke?,” sindir kakaknya, Intan apabila Affan memberitahu hajatnya ingin pulang ke tanah air.
“Hujan emas di negeri orang…,” balasnya ringkas.
“Harap-harap keputusan kau tak berubah…,” tegas kakaknya.
Affan mula mengemaskan barang-barang dan pakaian, menjual apartmen yang dibelinya dua tahun lalu, menyiapkan segala dokumen untuk pulang ke tanah air.
Surat berhenti kerja telah dihantar kepada pengerusi syarikat. Mr Bill, pengerusi syarikat menemui Affan dan menjelaskan kepada Affan bahawa dia tidak menerima surat peletakan jawatan.
“You can still be my worker, although not here,” jelas Mr Bill.
“What do you meant,” tanya Affan.
“We will open new branch in Kuala Lumpur and you will be a marketing manager there,” jelas Mr Bill dengan slanga Amerikanya. Affan amat gembira dengan berita itu.
Ternyata keputusannya pulang ke tanah air tidak silap. Bukan sahaja dapat berjasa kepada negara tercinta tetapi juga dapat memajukan teknologi komputer dengan menjadi pengurus MICROSOFT di Malaysia.
Kepulangan Affan dan keluarga disambut dengan gembira terutama ibunya. Ibunya tidak dapat menahan air mata kegembiraan apabila anak lelaki kesayangannya terpacul di muka pintu rumahnya.
“Apa khabar mak?”, Tanya Norainah kepada ibu mentuanya dengan slanga tersendiri.
“Baik, nak. Orang putih pun pandai cakap Melayu!” gurau mentuanya.
Selepas mengemaskan barang-barang, Affan meminta izin ibunya untuk menziarahi pusara ayahnya. Di pusara, Affan membaca surah Yasin dan berdoa:
“Ya Allah, Tuhan Maha Pengampun, maafkanlah dosaku dan dosa ayahku. Rahmatilah dan kasihanilah ayahku yang banyak berjasa dan berbakti kepadaku. Limpahilah rahmat dan nikmat kepada ayahku,” air matanya mula merembes.
Walaupun agak terlewat, namun Affan dapat menunaikan impian ayahnya untuk berkhidmat di tanah air walaupun kepulangannya agak menyedihkan kerana ayahnya telah pergi buat selamanya.
Affan bertekad akan mendidik anak-anak sayangkan tanah air, berjasa kepada bangsa, agama dan negara. Sebagaimana ayahnya menanam ke dalam jiwanya sayangkan tanah air, begitulah akan dilakukan kepada anak-anak.
~~~Tamat~~~

Hakcipta Terpelihara @ 2013 SAAT SULAIMAN


ALI RUSTAM PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT

Oleh Hj Saat Hj Sulaiman


                                 Prakata

      Sejak tahun 1999,YAB Datok Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam menjadi Ketua Menteri Melaka.Sejak beliau menjadi Ketua Menteri,pelbagai kemajuan dan kemodenan telah dilakukan terhadap negeri Melaka.
         Beliau adalah Ketua Menteri terbaik dalam sejarah.Pada tahun 2010,Melaka telah bergelar negeri maju mengatasi negeri-negeri lain yang lebih besar dan kaya.
       Ketokohan beliau memang tidak boleh dinafikan.Rakyat Melaka bertuah memiliki seorang Ketua Menteri yang bukan sahaja bijak,malah prihatin dengan nasib rakyat Melaka.
       Semoga buku kecil ini membuka mata ramai pihak mengenai siapakah Mohd Ali....Undilah BN demi kemajuan berterusan.
       Rakyat Melaka perlu bersyukur dan berterima kasih kerana mempunyai pemimpin yang berwawasan,komited dan mahu melihat kemajuan dinikmati semua lapisan masyarakat.
        Semoga buku kecil ini akan mengubah persepsi negatif ramai rakyat Melaka mengenai beliau dan BN.Mohd Ali adalah contoh pemimpin terbaik dan rakyat Melaka perlu memberikan sokongan kepada beliau dan BN.Kemajuan yang dinikmati rakyat Melaka adalah usaha beliau yang bekerja siang malam tanpa mengira letih dan penat.

                            Biografi ringkas Ketua Menteri Melaka

         Datok Seri Mohd Ali bin Rustam adalah anak kelahiran Melaka. Beliau dilahirkan pada 24 Ogos tahun 1949 di Kampung Bukit Katil, Melaka. Pendidikan awal ialah di Sekolah Kebangsaan Bukit Katil dan Sekolah Kebangsaan Semabok dan meneruskan pengajiannya di Sekolah Tinggi Melaka (Melaka High School). Beliau berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984.
             Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Hajah Asmah Abd. Rahman pada tahun 1985 dan dikurniakan tiga cahayamata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Mohd Ridhwan, Wan Nazirah dan Muhamad Hamka.
       Mohd Ali mempunyai banyak pengalaman dalam kerajaan.Beliau memulakan tugas sebagai Pegawai Kerani di Tenaga Nasional (TNB).Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengarah KEMAS.Pada 1984 beliau dilantik sebagai Setiausaha Khas kepada Y.A.B Ketua Menteri Melaka ketika Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menjadi Ketua Menteri.
       Manakala dalam jemaah menteri kabinet pula,beliau pernah menjawat Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kesihatan.
          Beliau adalah seorang pemimpin  idealis yang praktikal, berpendirian tegas dalam membuat keputusan, berani, cekal, yakin dengan kemampuan diri sendiri dan percaya tidak ada apa yang sukar dilakukan sekiranya ada usaha yang komited berterusan . Maka ketika di bawah kepimpinan beliau Melaka telah berjaya sebagai salah negeri yang pesat membangun dan maju.
        Kepemimpinan politik beliau amat dikagumi kerana tidak pernah kalah dalam pilihan raya dan pada 2008 berjaya memberikan kemenangan kepada UMNO 100%  dalam PRU-12 .Kejayaan ini membuktikan beliau adalah pemimpin politik  yang amat disegani kawan dan lawan.

               Pemimpin yang bermula dari bawah

        Mohd Ali adalah ahli UMNO yang keras berusaha dan beliau menaiki tangga demi tangga.Walaupun puluhan tahun menjadi ahli UMNO,beliau tidak merasa jawatan Timbalan Presiden UMNO,apa lagi Presiden UMNO.
      Kemuncak kegagalan beliau adalah apabila dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.Walaupun rakyat Melaka dan penyokong beliau kecewa dan sedih,namun Mohd Ali setia dengan parti dan kerajaan.
          Mohd Ali bukan seperti Anwar Ibrahim yang rakus mahukan jawatan penting dalam parti dan kerajaan.Walaupun Tun Ghaffar Baba adalah pemimpin yang bersih,cekap dan amanah namun Anwar sanggup  bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO demi mendapatkan kuasa.
         Sikap tamak dan rakus Anwar telah menyebabkan beliau dipecat dan dibuang dari parti dan kerajaan.Malah Anwar menjadi banduan di penjara Sungai Buloh beberapa tahun.Bak kata pepatah "orang tamak selalu rugi"

                Pemimpin yang setia dengan parti

           Mohd Ali adalah pemimpin dan ahli UMNO yang setia dengan parti.Walaupun dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden atas kesalahan teknikal,beliau setia dan bersama UMNO.Beliau mencontohi sikap Allahyarham Tun Ghaffar Baba yang kehilangan jawatan Timbalan Presiden UMNO lantaran kerakusan Anwar Ibrahim merampas jawatan tersebut.Namun Ghaffar tetap setia dengan UMNO hingga ke akhir hayat.
             Tengku Razaleigh yang kecewa kalah dalam pertandingan jawatan Presiden UMNO telah keluar parti dan mengasaskan Semangat 46.Namun Mohd Ali tidak pernah mengambil tindakan meninggalkan UMNO.
        Kesetiaan Mohd Ali kepada parti UMNO adalah bukti beliau adalah pemimpin sejati dalam UMNO.Jawatan bukanlah penting,apa yang penting adalah sumbangan kepada parti dan negara.
                        Tun Ghaffar  ketika ditanya setelah kehilangan jawatan Timbalan Presiden UMNO  adakah beliau sedih dan kecewa ,beliau berkata "Saya suka menjadi orang biasa,boleh memandu sendiri dan makan cendol di bawah pokok".
          Mencontohi  peribadi pemimpin berjaya
          Mohd Ali dikenali sebagai pemimpin yang menjadi pemimpin yang benar-benar memimpin.Beliau bukan seperti pemimpin PAS yang cakap tidak serupa bikin.Memang hawau pemimpin PAS.
        Mohd Ali sering mencontohi etika kerja pemimpin yang hebat seperti bekas boss beliau Yabhg Tun Dr Mahathir Mohamad.Dr Mahathir pernah memuji  Mohd Ali  ketika beliau menjadi Perdana Menteri  "Melaka adalah negeri yang amat kecil,namun memiliki seorang pemimpin yang berjiwa besar dan bercita-cita tinggi dalam memajukan negeri Melaka"

                        Kejayaan memajukan Melaka

           Melaka adalah sebuah negeri yang amat kecil namun Mohd Ali mempunyai wawasan besar untuk memajukan Melaka.Sejak beliau menjadi Ketua Menteri,jumlah pelancong dalam dan luar negara bertambah.
          Melaka  jauh  meninggalkan Kelantan dari aspek  kebersihan,kemajuan dan pemodenan.Malah anak Kelantan ramai yang berhijrah ke Melaka untuk mencari rezeki.Mengapa Kelantan sebuah negeri yang besar dan banyak sumber hasil dalam negeri namun masih miskin ?Puncanya Kelantan dipimpin Menteri Besar yang bodoh dan bangang.Kelantan mempunyai banyak sumber alam,namun pemimpin negeri tersebut tidak bijak memacu ekonomi.
         Pemimpin PAS hanya gemar memakai jubah dan kopiah bagi menunjukkan mereka warak dan alim.Hakikatnya mereka adalah  sampah dan lebih hina dari sampah!
        Bergelar seorang pemimpin bukan perkara mudah.Pemimpin yang bersih dan berserban sahaja tidak mampu memajukan negeri.Sesebuah negeri memerlukan pemimpin yang bijak bistari.Jika Mohd Ali bodoh,sudah tentu Melaka negeri termiskin dalam Malaysia.
            Melaka adalah sebuah negeri kecil dan kedua terkecil dalam Malaysia selepas
Perlis.Namun kesungguhan  Mohd Ali mahu melihat Melaka maju dan membangun telah
membuktikan beliau adalah pemimpin yang mempunyai wawasan dalam pemerintahan.
      Walaupun Melaka tidak mempunyai sumber minyak dan balak seperti Kelantan,namun Mohd Ali komited memajukan negeri.Inilah pemimpin berjiwa besar walaupun memimpin negeri kecil.
      Antara kejayaan dan sumbangan beliau adalah :
1.Mengurangkan kemiskinan.
Kadar kemiskinan menurun / hampir sifar [1999 = 5.7%; 2009 = 0.5%]
2.Pendapatan rakyat bertambah.
3.Peluang pekerjaan bertambah.
4.Kadar jenayah menurun.
5.Kualiti hidup meningkat.
6.Pertumbuhan ekonomi bertambah pesat.
7.Kadar inflasi sederhana.
8.Hasil kerajaan negeri meningkat.
9.Tiada rusuhan kaum dan agama.
10.Jurang pendapatan bandar / luar bandar mengecil.
11.Bayaran zakat bertambah.
12.Kadar pengangguran rendah.
13.Peruntukan fasiliti untuk rakyat bertambah.
14.Mengurangkan pencemaran udara.
15.Meningkatkan jumlah pelancong.
16.Menjadikan Melaka destinasi kesihatan.
17.Memajukan lapangan kapal terbang.
18.Mencantikkan sungai Melaka dan pelbagai aktiviti.
19. Melahirkan Pusat Bowling Antarabangsa Melaka (MIBC).
20.Memajukan fasiliti sukan.
21.Membina jalan raya yang luas demi keselesaan rakyat dan pelancong.
22.Menambah jumlah rumah untuk rakyat.
23.Meningkatkan produk pelancongan.
24.Menambahkan produk untuk pasaran antarabangsa.
25.Memajukan IKS.
26.Menambah pusat pendidikan.
27.Menarik lebih ramai pelabur ke Melaka
28.Memperkenalkan teknologi hijau.
29.Menjadikan  lokasi pelancongan  sebagai zon bebas merokok.
30.Menambah elaun pegawai agama.
dan sebagainya.


          Tohmahan pembangkang dan jawapannya


           Pemimpin pembangkang seperti PAS sering menghentam dan mencerca Mohd Ali hingga
digelar Ali Ketam.Begitulah jahatnya pemimpin PAS yang hebat berserban dan berkopiah,namun
sebenarnya bangang dan bahalol.

        PAS adalah sebuah parti yang celaka.Sejak merdeka,PAS tidak pernah menang walaupun satu kerusi di Melaka namun berjaya mendapat hanya satu kerusi pada PRU13 .Ia membuktikan pemimpin PAS di Melaka adalah  kurang cerdik dalam politik .Jika mereka cerdik dan bijak,sudah tentu mereka menang banyak  kerusi di Melaka.Namun sejak merdeka hinggalah PRU12,mereka tidak pernah menang walaupun satu kerusi .
          Pelbagai fitnah dilontarkan pembangkang terhadap Mohd Ali,namun tidak satu pun mempunyai bukti.Ia hanyalah cakap kosong dan fitnah semata-mata.
       Kerajaan BN adalah telus dan adil.Lihatlah skandal  PKFZ di mana bekas menteri Dr Ling Liong Sik dihadapkan ke mahkamah.Namun Mohd Ali tidak pernah dihadapkan ke mahkamah.Ini membuktikan Mohd Ali adalah pemimpin yang bersih.

                     Banyak kerja kurang tidur

         Mohd Ali dikenali sebagai pemimpin yang kuat bekerja.Beliau bekerja siang dan malam ,malah awal pagi untuk membangunkan Melaka.Itulah pemimpin yang sejati.Melaka maju lantaran Mohd Ali bekerja kuat membangunkan negeri Melaka.
          Mohd Ali juga dikenali sebagai pemimpin yang suka tidur-tidur ayam ketika mesyuarat dan pembentangan .Ramai menyangka beliau tidur,namun sebenarnya beliau mendengar semua isi perbincangan,bukan tidur mati seperti pemimpin lain.
          Melaka maju dan menjadi sebuah negeri yang lebih kaya berbanding Kelantan hingga membayar cukai setiap tahun kepada kerajaan pusat melebihi kerajaan Kelantan.Itulah bukti Mohd Ali adalah pemimpin bijak bistari.
         Pemimpin Kelantan banyak cakap,banyak tidur.Manakala Mohd Ali adalah pemimpin yang kurang tidur dan banyak bekerja.

                                  Tidak sombong

              Mohd Ali adalah pemimpin yang sentiasa merendah diri dan melayan semua rakyat dengan sama rata tanpa mengira fahaman politik,pangkat ,bangsa,agama dan sebagainya.
             Ketika penulis menjemput beliau merasmikan Restoran Nasi Ayam CBE di Masjid Tanah,beliau hadir walaupun restoran tersebut tidak segah KFC atau McDonald.Beliau hadir memberi ucapan,menyampaikan bantuan kepada anak-anak yatim dan warga emas di kawasan Parlimen Masjid Tanah dan menjamu selera memakan nasi ayam.
         Mohd Ali sempat memuji "saya suka sambal  nasi ayam,sedap..".Itulah reaksi beliau setelah menjamu nasi ayam di restoran tersebut.




            Mohd Ali sering bertemu rakyat di Melaka.Ramai menegur dan menyapa beliau kerana beliau tidak suka dengan protokol.Protokol menyusahkan rakyat mendampingi Ketua Menteri.Namun Mohd Ali memudahkan rakyat bertremu beliau di mana sahaja. 

                      Seri Bendahara rumah rakyat

              Pada  suatu waktu dahulu,Mohd Ali membuka pejabat beliau Seri  Negeri di Air Keroh  setiap hari Khamis agar rakyat dapat menyuarakan apa jua masalah.Namun setelah ramai rakyat  mengambil peluang,beliau memilih membuka kediaman rasmi Seri Bendahara sebagai rumah rakyat.Setiap pagi dan malam,ribuan rakyat datang bertemu beliau.Tindakan beliau memudahkan rakyat bertemu dan menyuarakan apa jua masalah yang dihadapi.

       Lihatlah ramai pemimpin di negara ini,berapa ramai yang membuka kediaman rasmi untuk bertemu rakyat?Inilah bukti Mohd Ali pemimpin penyayang dan berjiwa rakyat.Ada Menteri yang tidak diketahui rumah mereka............

        Seri Bendahara adalah kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka.Setiap hari tanpa mengira siang atau malam,ia menjadi pejabat kedua  Mohd Ali Rustam selain pejabat rasmi Seri Negeri.

       Mohd Ali menjadikan Seri Bendahara sebagai pejabat kedua untuk berbincang dan mesyuarat dengan pegawai kerajaan negeri,bertemu pelabur dan sebagainya.Seri Bendahara juga menjadi rumah rakyat di mana semua lapisan masyarakat datang bertemu Ketua Menteri untuk memohon bantuan,membuat aduan,memohon sokongan dan pelbagai urusan .
        Ketua Menteri Melaka adalah Ketua Menteri berjiwa rakyat dengan menjadikan kediaman rasmi sebagai tempat tumpuan rakyat.Ia amat jarang dilakukan oleh mana-mana Ketua Menteri atau Menteri Besar.
        Sikap Ali Rustam menjadikan Seri Bendahara rumah rakyat menunjukkan beliau adalah pemimpin yang merendah diri dan mahu berdamping dengan semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
        Setiap hari pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi Seri Bendahara sama ada awal pagi ,petang atau malam.Apabila Ketua Menteri ada di Seri Bendahara,beliau akan melayan kesemua rakyat yang datang dan membantu apa sahaja yang boleh dilakukan.
       Inilah pemimpin yang disayangi rakyat Melaka kerana mudah untuk ditemui dalam mengemukakan pelbagai masalah.Jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka bukan menjadikan beliau sombong dan angkuh tapi sentiasa mahu menemui semua lapisan masyarakat.
        
                              Tegas dan berprinsip

             Mohd Ali adalah pemimpin yang tegas dan berprinsip.Ketegasan beliau menyamai mantan PM iaitu Dr Mahathir.Beliau tegas kerana mahu pegawai di bawah beliau sentiasa komited dengan kerja yang dilakukan.
         Pada suatu pagi Mohd Ali pernah memarahi bekas Setiausaha Sulit beliau kerana tidak mencatat pelbagai masalah rakyat ketika rakyat datang ke Seri Bendahara.Beliau dengan tegas berkata "Kamu ni dengar sahaja..Ambillah pen dan tulis...kamu boleh ingat ke semua!".Pegawai tersebut tersipu malu kerana Mohd Ali memarahi beliau di hadapan orang ramai yang berada di situ.
      Itu menunjukkan beliau amat tegas dengan pegawai bawahan dan sentiasa amanah dengan tugas.

        Datok Hamzah  Baijuri  pernah bercerita "CM adalah pemimpin yang tegas.Jika kita nak tengok beliau sayangkan pegawai bawahan,beliau akan tegur jika pegawai bawahan melakukan kesalahan.Beliau tegur menunjukkan beliau sayang kepada pegawai tersebut.Jika beliau tidak tegur,ia menunjukkan CM tidak peduli dengan pegawai tersebut".

          Datok Hamzah adalah pemimpin berjiwa rakyat di mana penulis mudah bertemu beliau walaupun beliau berpangkat Datok .Beliau mencontohi sikap Ketua Menteri.Banyak perkara diceritakan Datok Hamzah tentang sikap positif Ketua Menteri yang mahu dikongsikan lagi pada buku lain.
                  Rakyat sayangkan Ketua Menteri
            Ribuan rakyat penulis temui di Melaka dan luar Melaka,mereka kagum dengan Mohd Ali.Majoriti rakyat Melaka sayangkan Ketua Menteri kerana sikap beliau yang peka dengan apa jua masalah rakyat.
        Rakyat Melaka mengkagumi Mohd Ali sebagai pemimpin yang mudah ditemui,memahami masalah rakyat,sentiasa peka dengan apa jua masalah.Malah penyokong pembangkang di Melaka mengkagumi Mohd Ali sebagai seorang pemimpin Melaka yang hebat!

               Facebook dan sms penghubung rakyat

          Mohd Ali adalah seorang Ketua Menteri yang mendedahkan nombor telefon bimbit kepada semua agar rakyat Melaka  menyalurkan apa jua masalah melalui sms dan panggilan.Kesibukan beliau siang dan malam menyebabkan beliau jarang mengangkat telefon,namun beliau sentiasa membalas sms.
          Ketika lahir Facebook,Mohd Ali memanfaatkan Facebook untuk berhubung dengan rakyat.Pengalaman penulis menghantar mesej dalam FB dan beliau menjawabnya.Begitu juga sms.Ini membuktikan beliau adalah pemimpin yang peka dan sentiasa mahu berhubung dengan rakyat.
          Mohd Ali menerima ribuan sms setiap hari dan beliau memerlukan masa untuk menjawabnya.Amat jarang sekali seorang pemimpin bertaraf Menteri mendedahkan nombor telefon bimbit beliau kepada semua orang.Namun sebagai pemimpin yang mahu sentiasa rapat dengan rakyat,beliau mendedahkannya kepada umum.
          Namun amat sedikit pemimpin mencontohi sikap beliau.

                                         Penutup

        Melaka memiliki seorang  bekas  Ketua Menteri berjiwa rakyat.Beliau adalah pemimpin yang mengabaikan protokol demi memudahkan rakyat bertemu beliau di mana sahaja siang dan malam.Mohd Ali telah menunjukkan contoh teladan yang amat baik namun amat sedikit pemimpin mencontohi beliau.
           Semua pemimpin UMNO dan BN perlu mencontohi etika kerja YAB Datok Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam jika mahu Melaka terus maju dan makmur.Melaka boleh jatuh ke tangan pembangkang jika pemimpin BN masih leka dan cuai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.
              Mohd Ali adalah pemimpin yang mencontohi sifat dan etika kerja Khalifah Omar al-Khattab  r.a   yang amat berani dan tegas.Walaupun Mohd Ali tidak memakai serban dan jubah seperti Hadi Awang dan Nik Aziz,percayalah bahawa Mohd Ali adalah pemimpin yang hebat dan lebih mempraktikkan islamisasi dalam perbuatan dan sikap.
       Melaka maju selamanya............
Terima kasih kerana membaca..........

Sumber rujukan :

1.Utusan Malaysia
2.Harakah.
3.Melaka Hari Ini.
4.Wawancara rakyat Melaka.
5.Wawancara Datok Hamzah Baijuri.
6.Wikipedia.
7.Wawancara pegawai-pegawai  di Jabatan Ketua Menteri.
8.Wawancara Datok Hasnoor Sidang Husin.
9.Wawancara Datok Rahim Abu.
10.Sms dari Ketua Menteri Melaka.
11.Program bersama Ketua Menteri di Restoran Melayu Melaka.
12.Program bersama Ketua Menteri di Seri Bendahara.
13.Program bersama DAR di pelbagai lokasi.

                                  Hakcipta Terpelihara @ 2013 Saat Sulaiman 



Biodata Penulis

Nama Penuh : Saat Sulaiman.
Kerjaya : Usahawan dan penulis.
Pendidikan : Universiti Islam Madinah Arab Saudi.
Pengalaman dalam perniagaan keluarga  : 15 tahun.
emel : bukusaat@gmail.com
Laman web : www.kuburakhirat.com
www.cepatbersihenak.com
www.saatsulaiman.com


Buku-buku  :

1.Panduan menjadi ibu bapa Cemerlang (PTS Millenia)
2.Remaja positif.(Utusan Publications )
3.Anak adalah anugerah. (Utusan Publications )
4.Usahawan Cemerlang.(Utusan Publications )
5.Buat duit dengan jual pakaian. (PTS Professional )
6.Usahawan kaya wang kaya iman ( PTS Millenia )
7.Melakar Syurgawi Idaman- Telaga Biru Sdn Bhd
8.Tips Menjadi Ibu bapa Mithali - PTS Millenia
9.Melakar Syurgawi Idaman -TELAGA BIRU SDN BHD 

Buku akan terbit  :

2.Peribadi Dr Mahathir -TERBITAN SAAT SULAIMAN DOT COM




kami sayang DAR





https://www.facebook.com/pages/Kamisayangdar/185517364936714


FB-connecting poeple

https://www.facebook.com/DATUK.MOHD.ALI.RUSTAM

https://www.facebook.com/datuk.seri.mohd.ali.rustam


Mohd. Ali teruskan rutin hadiri majlis perkahwinan, ziarah kematian


Biarpun tidak lagi menjadi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam masih meneruskan tugas rutinnya sejak 13 tahun lalu iaitu menghadiri majlis perkahwinan dan menziarah orang meninggal dunia.
Berpakaian kemeja berwarna hijau yang sinonim dengan Negeri Bandar Teknologi Hijau dan bercapal, bekas Ketua Menteri Melaka kesembilan itu hari ini menghadiri tujuh majlis perkahwinan dan tiga kematian di sekitar Bukit Katil.


Majlis perkahwinan yang dihadirinya ialah ialah di Bukit Bayan, Sungai Putat, Bukit Beruang, Melaka Baru, Dewan Tun Ali, Bukit Pulau dan Batu Berendam.


Beliau turut menziarahi keluarga yang kematian sanak-saudara di Kampung Bukit Baru Dalam, Kampung Batu Berendam dan Kampung Alur Bertam, Hulu.


Di setiap tempat yang disinggahi bekas Ketua Menteri, sudah pasti ramai yang mengambil kesempatan bersalaman, bergambar dan tidak kurang melahirkan rasa simpati ekoran kekalahannya di Parlimen Bukit Katil dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Mohd. Ali ketika ditemui berkata, majlis perkahwinan dan menziarah orang meninggal dunia adalah rutin yang menjadi darah dagingnya sejak dari dahulu hingga sekarang.


"Saya sudah tidak menjadi Ketua Menteri tapi saya tetap dengan rutin biasa sejak dulu iaitu hadir majlis perkahwinan dan menziarah orang meninggal dunia," katanya ketika ditemui pemberita.


Menurutnya, rutin itu bukan hanya sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri sejak 13 tahun lalu tetapi sudah lama diamalkan.


Kesempatan itu juga digunakan beliau bersalaman dengan semua orang ramai di tempat yang disinggahinya sambil mengucapkan terima kasih kerana rakyat masih percaya kepada BN untuk menang dua pertiga dalam PRU-13.


Jika sebelum ini, puluhan kereta mengekori Mohd. Ali tetapi kali ini hanya dua buah kereta mengiringinya ke semua lokasi tersebut bertemankan pemandu dan pembantu baharu serta jurugambar yang masih setia bertugas untuk laman sosial Facebook beliau.


UTUSAN





Biografi DAR

Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam (lahir 24 Ogos 1949) merupakan bekas Ketua Menteri Melaka. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Bekas Naib Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional.





Datuk Ali Rustam merupakan anak jati negeri Melaka. Beliau dilahirkan pada 24 Ogos tahun 1949 di Kampung Bukit Katil, Melaka. Pendidikan awal DAR ialah di Sekolah Kebangsaan Bukit Katil dan Sekolah Kebangsaan Semabok. DAR kemudian meneruskan pengajiannya di Sekolah Tinggi Melaka (Melaka High School). Beliau berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984.
Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Seri Hajah Asmah Abd. Rahman pada tahun 1985 dan dikurniakan tiga cahayamata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Mohd Ridhwan, Wan Nazirah dan Muhm. Hamka. Gelaran yang diterima atas sumbangannya ialah D.G.S.M yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun 2001, D.C.S.M pada tahun 1995, D.M.S.M yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1990, D.S.M tahun 1989 dan P.B.M tahun 1979.

Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempunyai pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan awam dan memulakan kerjaya awal sebagai Pegawai Kerani di Tenaga Nasional (TNB) dari 1969 – 1979. Beliau kemudian menjadi Penolong Pengarah KEMAS negeri Kedah antara tahun 1979 – 1980.
Berkat kegigihan melaksanakan tugas, DAR dinaikkan pangkat sebagai Pengarah KEMAS negeri Perlis selama setahun iaitu dari 1980 – 1981. Beliau dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1981 – 1982) menjawat jawatan yang sama.
Setahun kemudian dihantar ke Melaka sebagai Pengarah KEMAS (1982 – 1983). Pada tahun 1984, DAR mendapat kepercayaan dari Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Abd. Rahim Tamby Chik dan dilantik sebagai Setiausaha Khas kepada Y.A.B Ketua Menteri Melaka sehingga tahun 1986.
Pada pilihanraya umum tahun 1986 bertanding untuk kerusi DUN Ayer Molek. Beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk portfolio Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar (1986-1990). Sekali lagi pada 1990, DAR bertanding untuk kerusi DUN kawasan Sungai Udang dan menang. DAR dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Sains dan Teknologi hingga 1995. DAR kemudian dipilih oleh parti bertanding untuk kerusi parlimen Batu Berendam pada pilihanraya umum tahun 1995 dan menang. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dari 4 Mei 1995 – 10 Januari 1999. Dalam rombakan kabinet pada Januari 1999, beliau diberi kepercayaan menjawat jawatan Timbalan Menteri Kesihatan dari 11 Januari 1999 hingga pilihanraya umum pada 29 November 1999.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberi kepercayaan bertanding semula kerusi DUN kawasan Paya Rumput dan menang pada pilihanraya itu. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka pada 2 Disember 1999. DAR dalam jangka waktu pemerintahannya di negeri Hang Tuah sejak 1999 telah meletakkan matlamat untuk menjadikan Melaka sebagai Negeri Maju menjelang 2010. Visinya terangkum dalam Visi Melaka Maju 2010 yang telah diusahakan DAR semenjak awal perlantikannya sebagai Ketua Menteri Melaka dan di atas kesinambungan usaha para pemimpin yang lebih awal tetapi dengan kelajuan yang lebih cekap, pantas dan berkesan.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahli yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO merupakan Naib Presiden UMNO, Presiden Belia 4B Malaysia, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Presiden World Youth Foundation (WYF) dan World Assembly of Muslim Youth (WAMY). Beliau adalah seorang idealis yang praktikal, berpendirian tegas, berani, cekal, yakin dengan kebolehan diri sendiri dan percaya tidak ada apa yang sukar dilakukan sekiranya ada usaha yang bersungguh-sungguh. Maka tidak hairanlah sejak di bawah kepimpinan beliau Melaka telah berjaya sebagai salah negeri yang pesat membangun. Pencapaian dan kulaiti kepemimpinan beliau amat terserlah antaranya, Pengisytiharan Melaka Bandar Warisan Dunia, pendapatan per kapita negeri tertinggi di Malaysia dan kadar kemiskinan yang semakin berkurangan, penetapan gaji minima (RM720), tertinggi di Malaysia, pengeluaran telur ayam 6 juta sehari, menjadikan negeri Melaka lebih selamat dengan kadar jenayah yang semakin berkurangan, Melaka sebagai antara destinasi Pelancong Perubatan (Health Tourism) tertinggi di Malaysia dan sebagainya.
Kepemimpinan politik beliau juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya memberikan kemenangan kepada UMNO 100%, dalam PRU-12 pada 2008.
Pada PRU-13, beliau bertanding dalam Parlimen Bukit Katil (P137) dan akhirnya beliau telah ditewaskan oleh Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin dari calon PKR.

WIKIPEDIA